KOLEKSI POS MALAYSIA BERHAD

Salam 1 Malaysia buat semua. Salam sejahtera kepada peminat dan pengumpul setem terutamanya buat pengikut laman stamps4u2c. Entri atau koleksi yang ingin aku paparkan untuk dijadikan tontonan kali ini, berkait rapat dengan Pos Malaysia Berhad. Kalau mengikut peredaran zaman sekarang, persoalan Pos Malaysia Berhad masih relevan atau tidak pasti timbul. Mana tidaknya, hendak mengirim surat? Emel sahaja... Ingin menghantar jemputan atau kad berupa ucapan? Laman Facebook atau tidak pun WhatsApp sahaja... Bagaimana pula bila anda ingin mengirim barang? DHL, Skynet atau Fedex menjadi pilihan bukan... Ingin membayar bil atau memperbaharui cukai jalan? Secara atas talian atau bahasa yang lebih saintifik " ONLINE "...

PERSIDANGAN GABUNGAN AKAUNTAN-AKAUNTAN ASIA DAN PASIFIK KE-14

CAPA (Confederation of Asia & Pacific Accountants) ialah Gabungan Akauntan Asia & Pasifik yang ditubuhkan pada tahun 1957. Mempunyai keahlian 31 persatuan kebangsaan di 21 buah negara. Kesemua 31 persatuan kebangsaan mempunyai jumlah keahlian lebih daripada 690,000 profesional. Persidangan CAPA diadakan 3 kali setiap 10 tahun. CAPA '96 ke-14 telah berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia dari 7 - 9 Oktober 1996.

Hari Malaysia

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia buat semua peminat setem diluar sana. Tidak lupa juga pada anda penonton setia yang melihat koleksi setem di blog stamps4u2c ini. Koleksi yang ingin aku tayang untuk anda lihat kali ini berkait rapat dengan Hari Malaysia yang baru disambut pada 16 September yang lepas. Sebelum itu aku ingin memohon maaf kepada anda semua diatas kelewatan penerbitan koleksi. Ini adalah disebabkan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-57

Terlebih dahulu ingin aku laungkan perkataan "Merdeka.. merdeka.. merdeka.. merdeka.. merdeka.. merdeka.. merdeka.." Dikala aku kembali ke laman ini, hari kemerdekaan Malaysia ke-57 (31 Ogos 2014) telah disambut hampir seminggu yang lepas. Jadi tidak terlewat rasanya untuk aku mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Dalam masa seminggu yang akan datang pula kita akan menyambut Hari Malaysia (16 September ) dimana nama 'Malaysia' telah lahir pada hari tersebut.

Pengenalan

Selamat datang ke laman blog stamps4u2c. Laman ini wujud di atas minat dan hobi aku mengumpul setem bermula sejak tahun 1988. Koleksi yang dipaparkan di laman ini ada yang sekadar tontonan dan ada juga untuk dijual. Oleh itu kesemua koleksi yang ada dalam simpanan akan aku terbitkan di laman ini dari masa ke semasa. Akhir kata, terima kasih diatas kesudian anda melawat laman blog ini.

Label